Aksi cucuk lori treler - Polis buru penunggang basikal 

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis Kuantan sedang memburu seorang penunggang basikal yang melakukan aksi bahaya dengan mengekori sebuah lori treler dengan rapat di Jalan Kuantan-Gambang minggu lalu.

Aksi itu tular di media sosial dan menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohammed Rizal Kamarudin, pihak polis sedang menyiasat video itu berikutan tindakan penunggang tersebut boleh mengancam keselamatan nyawa pengguna jalanraya yang lain.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 42 dan boleh dituduh di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

* Laporan lengkap di Malaysia Gazette

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Dalam samannya, Ernest telah memfailkan tuntutan terhadap Majlis Bandaran Sungai Siput, Pejabat…
Informasi
  "Bagaimanapun, bermula 6 Ogos, KTM Komuter membenarkan semua jenis basikal untuk dibawa menaiki…
Berita Domestik
Tertuduh, Munirah [email protected], 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan…