Aksesori Original Honda S2000 20th Anniversary mula dijual di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkah anda pada model prototaip Honda S2000 20th Anniversary yang dipamerkan pada Tokyo Auto Salon tahun lalu?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya, ia bukanlah untuk dijual, akan tetapi Honda Access kini mengumumkan penjualan aksesori original yang ditawarkan khas untuk para pemilik roadster Honda S2000 yang telah pun tamat produksinya tahun 2009.
 


Khusus untuk pasaran Jepun terlebih dahulu, Honda telah pun membuka tempahan sehingga 19 Februari 2021 di mana aksesori ini akan dibuat berdasarkan permintaan dan bukannya boleh didapati sepanjang tahun. 

Berdasarkan katalog produk, terdapat pelbagai opsyen aksesori yang ditawrarkan termasuklah bumper hadapan aero serba baharu yang lebih agresif dan lebih lebar ruang kemasukan udaranya. 

Harga bumper ini bermula dari 96,800 yen (RM3,662). 
 


Di bahagian belakang pula, anda boleh memuatkan spoiler ekor itik (46,200 yen atau RM1,748), dan strake belakang (33,000 yen atau RM1,248), dan komponen yang disebutkan diatas tidak termasuk kos cat dan juga pemasangan. 

Untuk bahagian ruang kabin, terdapat lid unit audio yang memaparkan logo S2000 20th Anniversary dalam 2,000 unit terhad dan berharga 8,800 yen (RM333). 

Selain itu, terdapat alas lantai dalam dua warna hitam dan merah berharga 30,800 yen (RM1,165), dan juga set lampu kaki LED berharga 13,200 yen (RM500).
 


Bagi mereka yang inginkan pemanduan yang lebih menyeronokkan, Honda turut menawarkan set suspensi sports yang merendahkan ketinggian kenderaan sebanyak 10 mm dengan lima tahap tetapan yang boleh diubah mengikut kesesuaian. 

Ini merupakan set aksesori yang paling mahal di dalam katalog, bermula dari 170,500 yen (RM6,454) dan hanya 500 set sahaja yang dihasilkan oleh Honda. 
 


Akhir sekali, pelindung separuh badan kenderaan pada harga 18,700 yen (RM707) yang dibuat untuk melindungi kabin anda daripada sebarang elemen luar yang mampu mengotori ketika di ruang parkir. 

Harus diingat, beberapa komponen yang ditawarkan sesuai untuk kedua-dua versi S2000 AP1 dan AP2 melainkan set seperti bumper, suspensi dan lid audio yanghanya sesuai untuk S2000 AP2 sahaja. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bagi meraikan usia Honda S2000 yang ke-20, Honda membuat keputusan dengan menawarkan pelbagai…