Aksesori Mugen untuk Honda Odyssey JDM

oleh Mohamad Hanif|
Lupakan sebentar mimpi ngeri yang ditunjukkan oleh Mugen menerusi aksesori yang dihasilkan khusus untuk Honda Civic Type R dan Civic Hatchback, seperti yang telah kami paparkan tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mereka yang sudah berkeluarga, pakej aksesori Mugen untuk Honda Odyssey ini nampak senonoh dan boleh diterima oleh akal, memandangkan sifat Odyssey itu sendiri sebagai sebuah kereta keluarga.

Penampilan yang agak menarik itu disumbangkan oleh penggunaan rim aluminium bersaiz 18 inci dengan kemasan dua tona berharga 46,200 yen (RM1,804), sementara mereka yang mahukan rim bersaiz 19 inci boleh membelanjakan wang sebanyak 51,700 yen (RM2,019).

 


Mugen turut menawarkan aksesori berikut:

  • splitter hadapan gentian karbon - 187,000 yen (RM7,303)
  • aksen gentian karbon pada atas gril - 110,000 yen (RM4,296)
  • kemasan sisi karbon - 118,800 yen (RM4,460)
  • sayap belakang - 66,000 yen (RM2,578)
  • alas lantai Mugen - 74,800 yen (RM2,921)

Antara naiktaraf yang boleh didapati untuk Honda Odyssey ini termasuklah pad brek depan dan belakang, penutup tangki takungan, bendalir brek berprestasi tinggi, engine treatment oil, penutup tangki isian minyak, penutup radiator dan penapis minyak dari Mugen.

 

 


Sayang sekali, penawaran ini hanyalah sah untuk para pengguna dan pemilik Odyssey di Jepun sahaja buat masa ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat penala Jepun itu bakal mempamerkan dua buah Civic FL5 dengan hasil modifikasi terbaharunya…
Berita Global
Untuk kebanyakan model, Mugen menyediakan sehingga dua jenis spoiler hadapan, diikuti dengan…
Gaya Hidup
Kolaborasi itu bagi menyambut ulang tahun MUGEN yang ke-50, dimana ECB-40MU menampilkan jam tangan…