Aksesori Mugen untuk Honda HR-V - nampak macam Harrier pun ada!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas pengenalan rasmi, Mugen tidak melepaskan peluang dengan membawakan kolekse aksesori dan kit badan yang dihasilkan khusus untuk Honda HR-V atau Honda Vezel untuk pasaran Jepun.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Namun tidak seperti pendekatan Mugen terhadap model-model Honda yang lain, langkah mereka kali ini lebih ringkas tanpa sebarang elemen yang berlebihan.

 


Mugen menawarkan aksesori merangkumi penambahan terhadap bampar hadapan, skirt sisi, bampar belakang, kemasan gril dan lampu utama, decal pada bampar belakang, spoiler pintu tailgate, spoiler bumbung serta pelindung cermin sisi.

Kesemua komponen di dalam pakej di atas berharga 596,200 yen (RM22,704), dan anda perlu menambah untuk perkara-perkara berikut:

  • peredam bunyi sports - 126,500 yen (RM4,817)
  • rim bersaiz 18 inci - 50,600 yen setiap satu (RM1,926)
  • alas lantai - 37,400 yen (RM1,424)
  • alas trunk - 14,300 yen (RM545)

 


Bagi mereka yang mahukan kelainan, boleh mencuba sendiri penawaran warna dua tona pada Honda HR-V.

Sayangnya, penawaran Mugen pada Honda HR-V ini tidak merangkumi kit peningkatan kuasa, dan masih kekal dengan penawaran enjin 1.5 liter hibrid untuk pasaran Jepun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tidak seperti pasaran lain seperti Malaysia dan Jepun dengan pilihan rangkaian kuasa 1.5 liter…
Berita Domestik
“Siasatan awal mendapati SUV berkenaan secara tiba-tiba mengalami kerosakan di lorong kiri telah…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha R25 dinaiki mangsa bergesel dengan SUV jenis Honda…