Aksesori kereta: Yang kini tinggal kenangan!

oleh SALINA JALIL|
Dari zaman Pop Yeh Yeh, kemudian ke era Alleycats sehingga ke zaman rock kapak dan penemuan lagu Cindai, aksesori atau fitur (features) yang ada pada kereta adalah terhad dan mengikut kehendak pasaran pada masa tersebut.

Kini di zaman yang penuh berteknologi, aksesori-aksesori ini telah diganti dan dijadikan sebagai salah satu fitur wajib dan bukan sebagai 'optional'/pilihan.

Careta mengimbau beberapa aksesori yang pernah popular satu ketika dahulu pada kereta-kereta di pasaran tempatan.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

1. Karburetor

Karburetor sudah hampir pupus sebenarnya kerana ia digantikan dengan sistem suntikan bahan bakar (fuel injection system). Sebab utama karburetor kini tinggal sejarah ialah kerana sistem pancitan memberikan kelebihan-kelebihan berikut:

  • Memberi adunan udara dan bahan bakar yang lebih tepat
  • Menghasilkan pembakaran yang lebih lengkap
  • Menjimatkan penggunaan bahan bakar
  • Memberikan lebih tenaga
  • Dan paling penting - membenarkan syarikat kenderaan mencapai tahap piawaian asap terkini yang jauh lebih bersih.

 

 

Choke manual

 

Pasti ada teringat butang "choke" pada kereta-kereta tahun 1970-an dan awal 80-an. Choke digunakan untuk menghidupkan enjin di waktu pagi kerana enjin dalam keadaan sejuk.Choke membenarkan lebih banyak bahan bakar dan udara masuk ke dalam kebuk pembakaran. Penciptaan choke automatik membunuh fitur ini dan terus-terang Careta kata, Alhamdulillah.

 

Bateri basah

 

Kebanyakan bateri untuk kenderaan baharu sekarang ini ialah dari jenis bateri tidak perlu penyelenggaraan (maintenance-free battery atau MF battery). Bateri basah dahulu memerlukan penjagaan air bateri dan perlu diperiksa setiap minggu. Bateri basah masih ada dijual sekarang sebagai alternatif lebih mampu milik dan ramai berkata ia sebenarnya tahan lebih lama jika dijaga dengan baik.

 

 

Stereng berkuasa hidraulik

 

Pada awalnya, stereng berkuasa tidak popular langsung dan hanya ada pada kenderaan premium. Ini ialah kerana 20 tahun lalu, saiz standard roda kenderaan ialah 13-inci atau lebih kecil dan ia tidak memerlukan daya yang kuat untuk memulas stereng.

 

Kemudian, stereng berkuasa hidraulik menjadi popular dan semua kenderaan datang dengannya. Kenderaan baharu sekarang hampir semuanya datang dengan stereng berkuasa elektrik kerana ia lebih mudah untuk dihasilkan dan lebih menjimatkan penggunaan bahan bakar.

 

 

Pendingin hawa tambahan

 

Dalam zaman 70-an, pendingin hawa bukanlah sesuatu yang standard. Kerana itu, ia adalah satu sistem yang dipasang di kedai aksesori. Ia bukan sahaja mahal,tetapi besar dan berat. Sekarang ini, sistem pendingin hawa ialah alatan standard di dalam semua kenderaan.

 

Radio dengan pemain kaset

 

Dengan wujudnya CD, pemain kaset sudah hampir pupus. Namun sekarang ini, sudah ada kereta yang tidak ada langsung pemain CD, cukup dengan lubang USB dan Bluetooth. Bagus juga kerana letih untuk membawa kotak kasut di dalam kereta bagi menyimpan koleksi kaset atau CD.

 

Kipas elektrik

 

Ia adalah alternatif lebih mampu kepada sistem pendingin hawa. Teksi-teksi banyak menggunakan kipas ini yang dipasang pada tengah papan pemuka. Ia masih ada lagi dijual, dan digunakan pada beberapa kenderaan komersil yang lama.

 

Lambang pada hud

 

Suatu ketika dahulu, kenderaan mewah datang dengan hood ornaments atau lambang atau patung yang dipasang pada hud penutup enjin.

 

Oleh kerana piawaian keselamatan perlanggaran yang semakin ketat dan kenderaan sekarang perlu lebih "mesra" pejalan kaki (lambang itu mampu mencederakan orang dalam pelanggaran kereta dengan pejalan kaki), lambang itu kini tidak wujud lagi, kecuali pada Rolls Royce yang mana patung Spirit of Ecstasy itu boleh disimpan ke dalam secara automatik bila perlanggaran dikesan.

 

 

Alas tempat duduk

 

Suatu ketika dahulu, alas tempat duduk popular. Antara alas tempat kaki yang mirip kepada alas kaki dan diletakkan di tempat duduk punggung kita, atau sarung tempat duduk yang menggunakan benang tenun, keduanya tidak lagi popular.

 

Ada juga yang dibuat dari kayu dan berfungsi untuk memberi tekanan pada badan agar pemandu tidak letih. Selepas beberapa tahun, habuk dari alas kayu itu penuh bersarang pada tempat duduk kereta itu sendiri.

 

Suatu ketika dahulu, pengedar Honda sebelum ini mewajibkan pembeli mengambil aksesori ini dengan harga yang mahal. Mujurlah Honda Malaysia tiba dan membuang segala "optional wajib" itu.

 

 

Optional wajib

 

Popular pada tahun 1990-an, beberapa syarikat kenderaan gemar "memaksa" pembeli mengambil pakej-pakej aksesori tambahan dengan alasan kebanyakan stok sudah datang lengkap dengan aksesori tersebut.

 

Harga aksesori tersebut sangat mahal, atau dalam erti kata yang lain 'harga yahudi' dan tidak masuk akal, tetapi pihak pembeli tidak ada pilihan lain. Sekarang, pihak kerajaan mengambil berat tentang isu tersebut dan tidak ada lagi kes-kes begitu. Sekiranya ada pilihan 'optional' ini pada zaman ini, tetapi ia bukan WAJIB tetapi pada kadar 'sunat' sahaja dan anda sendiri boleh menidakkan dan terpulang kepada poket serta selera anda sendiri! 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan pelancaran semula model Land Cruiser 70 Series di negara Matahari Terbit, divisyen…
Berita Global
Namun, perkara tersebut tidak pernah menjadi batu penghalang bagi penala terkemuka itu untuk terus…
Berita Domestik
Berita baik, Tesla Malaysia kini secara rasmi mengumumkan pembukaan kedai dalam talian yang menjual…