Aksesori GR kini di Malaysia - untuk GR Yaris, Vios GR-S, Vios & Yaris

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan penawaran aksesori eksklusif GR untuk barisan model GR Yaris, Vios GR-S, Vios dan juga Yaris.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Senarai aksesori yang ditawarkan adalah seperti berikut:

GR


Sementara itu, khusus untuk GR Yaris terdapat beberapa naik taraf bersifat penggayaan dan prestasi yang merangkumi spoiler depan dengan lanjutan spoiler belakang, skirt sisi GT, spoiler bampar belakang GR, peredam sports GR dan panel dalaman gentian karbon GR.
 

Yaris


Kesemua aksesori GR boleh didapati secara ekslusif di lima cawangan GR Garage dan 39 cawangan GR yang merupakan pengedar Toyota yang bersaing dalam siri perlumbaan Vios Challenge.

Lima GR Garage seluruh negara termasuklah Fokus Tetap (Shah Alam, Selangor), PCM Klang Motor (Klang, Selangor), Wing Hin Auto (Balakong, Selangor), Telagamas (Kulim, Kedah) dan Mutiara Motorsports (Masai, Johor).
 

GR


Semua alatan dan aksesori GR datang dengan jaminan selama setahun, dan pemasangan boleh dibuat di GR Garage serta cawangan GR yang disebutkan tadi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Serentak dengan pelancaran semula model Land Cruiser 70 Series di negara Matahari Terbit, divisyen…
Berita Global
Namun, perkara tersebut tidak pernah menjadi batu penghalang bagi penala terkemuka itu untuk terus…
Berita Domestik
Berita baik, Tesla Malaysia kini secara rasmi mengumumkan pembukaan kedai dalam talian yang menjual…