Aksesori gentian karbon Honda Access untuk Civic Type R 2021

oleh Mohamad Hanif|
Honda Civic Type R 2021 facelift telah pun selamat mendarat di Jepun pada 9 Oktober yang lalu dan ia disekalikan dengan penawaran pelbagai jenis aksesori tulen yang disediakan oleh Honda Access.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Yang paling menyerlah adalah penawaran aksesori yang diperbuat daripada tenunan gentian serat karbon dan polyester merah, seperti contoh yang terdapat pada skup udara bonet hadapan, sayap belakang, serta kemasan trim karbon pada papan pemuka, konsol tengah dan panel pintu.

 


Untuk menjadikan penampilan Civic Type R 2021 ini lebih garang, anda juga boleh mendapatkan grille garnish dan pelindung cermin sisi berwarna merah (jangan ingat Bezza sahaja ya!).

Set rim pula adalah jenis aloi tempa bersaiz 20 inci MR-R02 yang dilayangkan warna Championship White Paint.

 


Sementara di dalam ruang kabin pula terdapat beberapa penambahan kecil seperti lampu iluminasi merah pada konsol tengah, serta tombol gear kustom yang boleh dipilih sama ada aluminium atau kemasan kulit merah.

Honda Access juga menawarkan lapisan filem perlindungan untuk menghalang kerosakan kepada lapisan cat seperti yang terdapat pada pemegang pintu, side sills, bucu pintu serta bumper belakang.

 


Bagi mereka yang mementingkan teknologi serta praktikaliti dalam dunia nyata, Honda Access menyediakan beberapa opsyen seperti sistem navigasi, kamera hadapan, serta pemasangan penderia parkir.

Namun, disebalik penawaran tersebut, tiada sebarang naiktaraf kuasa disebut oleh Honda Access.

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah menghentikan sementara penjualan bagi model tersebut disebabkan…
Berita Global
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Honda Civic Type R 2023 membawakan nadi turbo 2.0 liter…
Berita Global
Dalam notis yang dipaparkan di laman web rasmi, Honda meminta maaf kepada para pelanggan telah…