Aksesori GearUp untuk Perodua Bezza 2020 - nampak lagi berBezza!

oleh Mohamad Hanif|
Inginkan yang lebih menarik untuk Perodua Bezza 2020 anda?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perodua dalam masa yang sama turut memperkenalkan Aksesori GearUp yang khusus buat Perodua Bezza 2020 bagi para pengguna yang mahu memperkemaskan lagi penampilan sedan kegunaan harian mereka.

 


Seperti yang tertera pada gambar, aksesori ini berupa kit badan Dynamic yang merangkumi bumper hadapan dengan lampu nyalaan siang LED, bumper belakang, serta spoiler belakang yang boleh didapati pada harga RM2,000 sahaja.

Untuk ruang kabin, terdapat pelindung tempat duduk Dynamic hadapan dan belakang yang diperbuat daripada bahan PVC namun dengan kemasan yang lebih premium pada harga bermula dari RM600.00
 


Pakej pencahayaan iluminasi (Illumination Package) ruang kabin pula merangkumi LED scuff plate (RM260), lampu lantai (RM240), serta tambahan sistem pendawaian yang boleh didapati pada harga bermula dari RM450 untuk satu set lengkap.

Perincian untuk setiap aksesori adalah seperti berikut:
Visor pintu - RM150
Pelindung sisi pintu - RM350
Kemasan krom tingkap - RM145
Coil Mat with Mesh Top - RM180
Perehat tangan dengan slot USB - RM220
Pelindung cahaya matahari - RM85
Coil Mat - RM140
Tray barang - RM140
Chrome scuff plate - RM140
 


Tidak dilupakan, untuk mereka yang mementingkan keselamatan keluarga, terdapat aksesori kerusi keselamatan kanak-kanak yang boleh didapati pada harga bermula dari RM785.00 sehinggalah RM975.00, dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) berharga RM430.00.

Anda boleh merujuk kepada pautan yang kami sertakan di bawah untuk senarai penuh aksesori GearUp, khusus buat Perodua Bezza 2020.