Akkbar Danial kini di DRB-Hicom

oleh HEZERI SAMSURI|
Mohamed Akkbar Danial, kakitangan pengurusan Honda Malaysia yang sebelum ini dihantar bertugas di ibu pejabat Honda di Jepun selama tiga tahun kini sudah kembali ke Malaysia dengan jawatan baharu.

Beliau sudah meninggalkan syarikat automotif tersebut dan bertugas dengan DRB-Hicom sebagai Ketua Pengedaran Automotif dan juga CEO untuk EON Berhad.

Akkbar memulakan tugas baharu beliau pada 1 Mei lalu. Semasa di Jepun, Akkbar bertugas di dalam bahagian Global Product Planning dan juga unit perniagaan kenderaan 4-roda untuk Honda.

Beliau juga terbabit dengan unit komunikasi Honda global untuk sukan permotoran Honda dan juga Formula 1.

Dengan pengalaman selama 15 tahun di Jepun sebelum itu serta 18 tahun di dalam industri automotif, Akkbar adalah antara permata tempatan di dalam bidang beliau.

Team Careta mengucapkan tahniah kepada Akkbar dan selamat maju jaya.

Di bawah ialah antara artikel Careta mengenai Akkbar yang tular dahulu.

https://careta.my/article/pernah-merempat-di-jepun-kini-nombor-tiga-di-honda-malaysia