Akio Toyoda dinamakan sebagai World Car Person of The Year 2021

oleh Mohamad Hanif|
Kalau dahulu, Toyota sememangnya terkenal dengan jenama yang paling dipercayai dan tahan lama, namun dalam masa yang sama ada diantara model-model yang dihasilkan pada ketika itu agak membosankan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Mujur pada tahun 2009, Toyota mula diterajui oleh seorang Presiden dan CEO yang juga sememangnya kaki lumba, Akio Toyoda dan semenjak daripada itu, kita mula melihat Toyota sudah mula menawarkan barisan model yang bukan sahaja mengekalkan identiti Toyota, malah sudah lebih sedap dipandu!

Jasa Akio Toyoda juga sebenarnya jauh merangkumi sudut yang disentuh sebentar tadi, dan ini diakui sendiri oleh barisan wartawan antarabangsa yang bersepakat untuk menobatkan beliau sebagai World Car Person of The Year untuk tahun ini.

Lebih dikenali dengan sifat karismatik, Akio Toyoda menghabiskan bertahun-tahun untuk membina semula jenama Toyota, selain mampu mendatangkan keuntungan kepada syarikat ketika wabak pandemik COVID-19 melanda dunia serta melindungi pekerjaan di seluruh dunia.

 


Menurut panel yang menghakimi anugerah tersebut, kepempimpinan beliau membuatkan Toyota mampu untuk berrgerak ke hadapan ketika menghadapi masa yang sukar dan dalam masa yang sama mengekalkan fasa pembangunan yang berterusan untuk era elektrik, autonomi dan mobiliti terhubung.

Sifat merendah diri Akio Toyoda dipertunjukkan menerusi ucapan penghargaan beliau yang ditujukan khas kepada 360,000 orang pekerjanya di seluruh dunia.

"Bagi pihak kesemua 360,000 orang pasukan Toyota di seluruh dunia, saya mengucapkan terima kasih atas anugerah yang luar biasa ini, Jika anda tidak keberatan, saya mahu menukarkan anugerah ini daripada 'car person of the year' kepada 'car peole of the year.

Malah, beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang CEO yang bertuah disebabkan usaha yang dipertunjukkan oleh pekerja globalnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…