Akio Toyoda dakwa Tesla bukan pengeluar automotif sebenar!

oleh Mohamad Hanif|
Julai lalu, Tesla telah mengambil alih kedudukan Toyota selaku syarikat automotif paling bernilai di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bahkan, nilai Tesla kini jauh melebihi nilai Toyota serta enam buah syarikat pengeluar Jepun yang digandingkan, menurut Presiden Toyota Akio Toyoda.

Hal ini amat mengejutkan, memandangkan tahun lalu Tesla hanya berjaya menjual kira-kira 367,500 unit kenderaan, atau 3.4 peratus daripada jumlah output keseluruhan Toyota (10.74 juta) untuk tempoh yang sama.

Namun menurut Akio Toyoda lagi, walaupun secara kasarnya Toyota dilihat kalah kepada Tesla, namun apabila dibandingkan dengan produk, Toyota ternyata mempunyai 'menu' yang sangat lengkap untuk dipilih oleh para pelanggannya.

 


"Tesla mungkin berkata, resepi mereka adalah standard untuk masa  hadapan, namun apa yang ada pada Toyota masa kini adalah 'dapur' dan 'tukang masak' yang sebenar," Akio Toyoda menggunakan analogi memasak ketika memberikan komen.

Toyota pada ketika ini sedikit ketinggalan berbanding rakan-rakan industri di dalam aspek penjualan kenderaan elektrik, dan masih kekal dengan strategi menjual kereta hibrid yang lebih mampu milik dan boleh dipercayai sehinggalah harga bateri menjadi lebih murah.

Namun, menurut laporan Nikkei Asia, Toyota kini menetapkan sasaran untuk menjual kira-kira 500,000 unit kenderaan elektrik setiap tahun menjelang 2025, sementara Tesla menerusi CEOnya Elon Musk meramalkan penjualan mencapai angka beberapa juta unit untuk tempoh yang sama.

 


Ketika diminta mengulas berkenaan Tesla, Akio Toyoda menjelaskan, "mereka benar-benar tidak melakukan sesuatu yang nyata, dan orang ramai hanya sekadar membeli 'resepi' dari mereka.

"Kami (Toyota) mempunyai dapur dan tukang masak, dan kami 'membuat' makanan yang sebenar!" ujar beliau lagi.

Sumber: Bloomberg

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…