Akio Toyoda berlumba di Nurburgring 24H guna nama samaran!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika artikel ini ditulis (atau dibaca oleh para pembaca), berkemungkinan besar perlumbaan 24 jam ADAC-Total di Litar Nurburgring sudah pun menamatkan tirainya menampilkan beberapa nama besar di dalam dunia professional. 

Namun, salah satu nama yang didaftarkan pada perlumbaan tersebut dinyatakan sebagai Encik Morizo dan nama pertamanya tidak pula tersenarai. 

Jadi, siapa pula Encik Morizo yang bertanding di perlumbaan tersebut? 

Jawapannya, presiden Toyota itu sendiri, Akio Toyoda!


 


Menurut satu pengesahan yang dihantar kepada laman web The Drive, Toyota mengakui nama Encik Morizo itu sebenarnya tidak lain dan tidak bukan presiden mereka sendiri yang memandu jentera bernombor 90 GR Supra. 

Akio Toyoda, 63 tahun, bukanlah kali pertama menyertai perlumbaan sebegini, memandangkan beliau pernah beberapa kali memasuki ruang kokpit pemandu dan bersaing dengan pelumba-pelumba handalan lain.

Di Nurburgring itu sendiri, Akio Toyoda bertindak memegang stereng Lexus LFA ketika berlangsungnya perlumbaan 24 jam pada tahun 2014.

Sebagai seorang CEO yang berjiwa sukan permotoran, Akio Toyoda mempunyai sebuah kereta rasmi Toyota Century yang ditala oleh GRMN seperti yang pernah muncul pada Festival Gazoo Racing di Jepun. 

Jadi, kenapa Akio Toyoda memilih untuk menggunakan nama samaran Morizo? 
 


Jelasnya, beliau mahu dilayan sama seperti pelumba-pelumba lain dan dengan nama Morizo itu memudahkan beliau untuk bercampur dengan yang lain. 

"Dengan cara ini, mereka akan merasa senang untuk rapat dengan saya dan bercakap tentang apa sahaja.

"Akan tetapi, apabila mereka tahu saya presiden (Toyota), jawatan itu seakan menjauhkan diri saya daripada mereka," tambah beliau memberitahu Automotive News.

Sumber: Automotive News melalui The Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika bukan kerana jasa Morizo (atau Akio Toyoda) yang sudi mengotorkan tangan di dalam litar lumba…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…