Akibat terlalu perlahan, 10 pemilik supercar ditahan pihak berkuasa Connecticut

oleh Mohamad Hanif|
Sudah menjadi kebiasaan kerja sebagai pasukan polis tempatan untuk menahan mana-mana kenderaan yang didapati melebihi had laju lebuhraya mahupun jalan-jalan biasa, terutama melibatkan kereta berprestasi tinggi dan supercar.
Modenas

Namun, apa yang terjadi di Connecticut, New England didapati sedikit berbeza berbanding kes penahanan yang biasa kita dengar di media massa. 
 

Ahad lalu, sekumpulan anak muda yang terdiri daripada 10 buah supercar telah ditahan oleh pasukan polis Connecticut kerana didapati bergerak terlalu perlahan sehingga mengakibatkan kesesakan di laluan Wilbur Cross Parkway. 

Menurut laporan beberapa pengguna jalan di sekitar tempat kejadian, kumpulan tersebut didapati 'menghalang' pergerakan trafik pada kedua-dua laluan untuk tujuan penggambaran sebuah rancangan televisyen, dan menyebabkan kesesakan teruk berhampiran Terowong Hero di laluan Hamden/New Haven. 

Kesemua 10 pemandu berkenaan ditahan dan sebanyak 10 buah saman dikeluarkan pada hari kejadian. 

Para pemandu yang tersangkut dalam kesesakan trafik tersebut kemudian membunyikan hon kepada pasukan polis Connecticut sebagai tanda terima kasih atas kecekapan mereka menahan kesemua 10 pemilik supercar tersebut. 
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia juga menandakan persediaan Ferrari sebelum beralih arah kepada trenkuasa elektrik sepenuhnya…
Berita Global
Syarikat Rolls-Royce (bukan Rolls-Royce Motor Cars) turut sama berpengalaman dalam menghasilkan…
Informasi
Apatah lagi ketika ini dunia turut bakal dibanjiri dengan kehadiran pendatang-pendatang baharu di…