Akibat tak matikan enjin, lelaki melecur disambar api ketika mengisi minyak

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki melecur selepas disambar api ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Besar Seri Kembangan malam tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pasukannya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.11 malam.

"Sejurus tiba, anggota penyelamat mendapati kereta jenis Audi terbakar 10 peratus di bahagian pintu belakang dan permukaan bahagian hadapan pam di stesen minyak itu turut terbakar 30 peratus.

"Sewaktu kejadian, mangsa berusia 31 tahun itu terkena sambaran api di bahagian muka, tangan dan kaki selepas dipercayai tidak mematikan enjin sewaktu mengisi minyak kereta," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa yang melecur di bahagian tangan dan kaki dihantar ke Hospital Serdang menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Komander operasi turut mengarahkan anggota membuat pemeriksaan di lokasi bagi memastikan api dipadamkan sepenuhnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu yang berada di pam nombor dua sedang membetulkan…
Berita Domestik
"Pemandu lori berusia 52 tahun itu kemudian turun daripada kenderaan tersebut dan menuju ke kaunter…
Berita Domestik
Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti…