Akibat salah masuk gear - enjin BMW M2 Competition rosak teruk

oleh Mohamad Hanif|
Kaki kereta mungkin lebih menggemari penukaran gear secara manual berbanding bergantung sepenuhnya kepada transmisi automatik, namun dengan hanya satu kesilapan, ia bisa membocorkan poket anda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Itulah yang terjadi kepada seorang pemilik BMW M2 Competition dari Jerman, apabila beliau terpaksa menanggung akibat tersalah tukar gear ketika sedang memandu laju di Autobahn.

Video yang dimuatnaik oleh H2 Motors GmbH itu menunjukkan seorang pemandu BMW M2 Competition cuba untuk menukar ke gear lima, tanpa disedari posisi gear itu memasuki gear tiga. 

Kesan daripada penukaran gear yang tidak menjadi itu, enjin BMW M2 mengaum sebelum paparan informasii menunjukkan mesej amaran "Drivetrain malfunction". 

Hanya kerana kesilapan penukaran gear, pemilik tersebut terpaksa berputih mata apabila enjin enam silinder sebaris turbo 3.0 liter itu perlu digantikan dengan unit baharu. 

Lebih malang lagi, waranti sedia ada tidak merangkumi proses penukaran enjin disebabkan kesilapan operasi yang dilakukan sendiri oleh pemandu. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk para peminat BMW mungkin satu berita yang cukup menyedihkan apabila laporan daripada…
Berita Global
Namun, bersempena dengan Hot Lap Supertest yang dianjurkan oleh sebuah penerbitan Jerman, Sport…
Pelancaran
BMW Malaysia hari ini melancarkan sebuah lagi model sports berprestasi tinggi, BMW M2 Competition…