Akibat pemandu bergaduh dengan penumpang, sebuah bas terjunam dari jambatan Chongqing

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah kemalangan ngeri berlaku di Chongqing, China apabila bas yang penuh dengan muatan dikatakan terjunam ke Sungai Yangtze dari ketinggian 50 meter dan kesemua 15 penumpang maut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Punca disebalik kemalangan ini hanyalah disebabkan pertengkaran di antara pemandu dan seorang wanita yang marah akibat pemandu tersebut enggan menghentikan basnya. 
 



Rakaman CCTV yang diperoleh memaparkan beberapa saat pergaduhan mulut sehingga menyebabkan penumpang wanita tersebut memukul pemandu bas dengan telefon bimbitnya, sebelum bas tersebut hilang kawalan.

Sebuah lagi rakaman yang diperoleh daripada kamera dashboard memaparkan bas tersebut memasuki laluan bertentangan, melanggar sebuah kereta dan seterusnya menghentam penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam sungai. 

Operasi menyelamat tidak sempat untuk menemui mangsa yang masih bernyawa disebabkan bangkai bas tersebut ditarik dari kedalaman 71 meter. - CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta. "…
Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…