Akibat parkir di slot EV, Lamborghini Huracan hijau diangkut pihak berkuasa

oleh Mohamad Hanif|
Di Jerman, seorang pemilik Lamborghini Huracan terpaksa menerima hakikat kebodohan dirinya apabila jentera beliau yang berwarna hijau yang diparkir di slot parkir khas EV diangkut dengan menggunakan kren oleh pihak berkuasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Imej tersebut dikongsikan di Twitter oleh pasukan polis Frankfurt dan ia cepat mendapat perhatian oleh netizen.

Di dalam gambar tersebut, turut kelihatan di hadapan sebuah Tesla Model S yang sedang diparkir dan disambungkan ke slot pengecasan.

Lebih menarik, anggota polis yang bertugas di tempat kejadian turut menggunakan sebuah basikal elektrik.

Difahamkan, pihak polis tidak menerima sebarang alasan atau penjelasan daripada pemilik dan terus mengalihkan Lamborghini tersebut dari slot parkir EV.

Ini bukanlah kali pertama kejadian tidak menghormati ruang parkir EV berlaku, malah terdapat segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan keistimewaan yang diterima oleh pemilik EV.

Di Malaysia, ruang parkir yang dikhaskan untuk EV kerap kali disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab - atau dalam bahasa kasarnya tak reti membaca.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Namun, perpindahan beliau ke sana bukannya murah, di mana pasukan Al-Hilal perlu membayar £78 juta…
Berita Global
  Setiap model ditawarkan dalam dua konfigurasi dengan warna dan grafik khusus seperti logo 60th…