Akibat nombor pendaftaran serupa, isteri temukan suami curang!

oleh Mohamad Hanif|
Antara sebab untuk seseorang mendaftarkan nombor yang serupa bagi setiap kenderaan pemilikannya adalah untuk menyenangkan tugas saban tahun, selain menjadi satu identiti unik bagi orang perseorangan tersebut.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Namun di bandar Taipei, Taiwan lain pula bunyinya apabila ia menemukan kes suami curang ketika si isteri keluar membeli belah. 

Dalam kejadian yang dilaporkan oleh Nanyang Siang Pau, si isteri memandu sebuah Volvo XC40 berwarna putih bersama anaknya, apabila beliau terserempak dengan sebuah BMW yang membawa nombor pendaftaran yang serupa, bersama seorang wanita lain. 

Adegan kejar mengejar berlaku, dan beliau nampaknya berjaya menghentikan pasangan curang tersebut dengan 'mendaratkan' Volvo XC40 beliau di atas BMW suaminya - ASIA ONE

 


Menurut kenyataan sang suami yang dilaporkan oleh The China Times, wanita tersebut bukanlah skandal beliau, akan tetapi staf syarikat tempat beliau bekerja dan keadaan tersebut mengundang salah faham dari pihak isteri. 

Pihak polis mengesahkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kes ini disiasat di bawah undang-undang Offences Against Public Safety.