
Harganya pula sangat menarik dan sebelum semakan terbaru ini ditawarkan pada 2,398,000 yen (RM79,701.38).
Pada aras harga tersebut, eK X EV dilihat mempunyai potensi yang baik jika ditawarkan di pasaran tempatan.
Harga eK Cross EV di Jepun:
Varian | Harga lama | Harga baharu | Perbezaan |
eK X EV G | 2,398,000 yen (RM79,840.87) | 2,546,500 yen (RM84,796.23) | 148,500 yen (RM4,947.13) |
eK X EV P | 2,932,600 yen (RM97,653.02) | 3,081,100 yen (RM102,643.90) | 148,500 yen (RM4,947.13) |

Walaupun harga dinaikkan, nilai yang ditawarkan ek X EV tetap berbaloi untuk kegunaannya.
Kei car ini boleh dipandu sehingga 180 kilometer (mod WLTC) dan walaupun singkat sudah memadai untuk kegunaan harian secara ringkas.
Sebagai contoh, ke kedai, ambil dan hantar anak ke sekolah dan juga tempat kerja.
Tak cukup tenaga bateri? Sambil membeli barangan atau semasa bekerja cas sahaja di plug berhampiran!

Selain nadi elektrik canggih, eK X EV ditawarkan dengan teknologi bantuan pemanduan MI-PILOT seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Bantuan Pengekalan Lorong (LKA).
eK X EV juga ditawarkan dengan bantuan parkir yang boleh mengesan kedudukan untuk memarkir kereta.
Sistem itu turut berupaya menguruskan pergerakan untuk parkir mengundur, ke depan atau bahagian sisi.
Pada lingkungan harga 2.5 juta yen (RM84.8 ribu) hingga 3 juta yen (RM102.6 ribu), eK X EV boleh dikira berbaloi!
Penulis: Muhammad Md Tajudin