Akibat kesilapan cetakan pada brosur, pemilik Mustang Mach 1 dapat rebat hampir RM17k!

oleh Mohamad Hanif|
Pelancaran Ford Mustang Mach 1 di Australia tempoh hari tidak selancar yang diharapkan, di mana terdapat kesilapan yang dilakukan oleh pihak Ford sendiri terhadap cetakan brosur produk kereta pantas itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana, berdasarkan laporan terdahulu Ford Mustang Mach 1 spesifikasi Australia diiklankan dengan ciri-ciri yang tidak disertakan seperti penderia parkir belakang, kawalan jelajah adaptif dan LSD Torsen (hanya terdapat untuk versi manual sahaja).

Sebelum ini, para pemilik Ford Mustang Mach 1 ditawarkan pampasan berupa pakej servis berjadual selama tiga tahun serta sesi hari litar dengan kos melebihi AUD $1 juta (RM3.13 juta) terpaksa dibelanjakan oleh Ford Australia.

Mungkin penawaran tersebut dilihat tidak mencukupi, Ford Australia membuat keputusan untuk menawarkan 450 pembeli terawal dengan pulangan tunai bernilai AUD $5,400 (RM16,884).

 


Bagi mereka yang masih lagi tidak berpuas hati, mereka boleh membatalkan tempahan yang telah dibuat dan kesemua duit tempahan akan dipulangkan secara terus kepada pelanggan.

Sementara pelanggan yang sudah menempah Ford Mustang Mach 1 selepas pembetulan dibuat pada brosur itu masih lagi boleh mendapatkan tawaran servis percuma selama tiga tahun serta sesi hari litar, namun mereka tidak layak untuk mendapatkan tawaran pulangan tunai itu tadi.

Penawaran terbaharu yang dibuat itu menyebabkan Ford Australia terpaksa berbelanja sehingga AUD $2.43 juta (RM7.60 juta) sebagai tambahan kepada kos yang terpaksa dilaburkan sebelum ini.

Untuk pasaran Australia, hanya 700 unit sahaja Ford Mustang Mach 1 yang dibawa masuk, dan setakat ini kurang daripada 50 unit yang masih tersisa.

Sumber: Car Advice

Berita Berkenaan

Berita Global
  Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Misheck Lungu berkata, juruterbang itu memaklumkan bahawa…
Berita Global
Baru-baru ini imej berkaitan satu kesilapan teknikal yang akan menjadi isu panggil semula atau…