Akibat kehabisan minyak, pesawat ringan terhempas ke jalan raya

oleh SALINA JALIL|
Seorang juruterbang terpaksa melakukan pendaratan cemas di sebuah jalan raya di Orlando, Florida, Amerika Syarikat (AS) selepas pesawat ringan kendaliannya kehabisan minyak.


Difahamkan ketika kejadian juruterbang Remy Colin, 40, membawa pesawat Cessna 182 itu untuk ujian penerbangan singkat selepas pemeriksaan tahunan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Siasatan awal mendapati Colin terlalu leka membetulkan sistem komunikasi yang rosak dan terlupa memeriksa paras bahan api pesawat.

 

Dia hanya tersedar tentang perkara itu di saat akhir dan memutuskan untuk 'mengorbankan' pesawat dan tidak mencederakan sesiapa.

 

Colin berjaya mendaratkan pesawat di sebuah jalan raya sibuk berhampiran kawasan kediaman.

 

Dia dilapor hanya mengalami kecederaan ringan. Tiada mangsa atau kerosakan lain dilaporkan setakat ini.

 

Detik pesawat itu terhempas itu sempat dirakam orang ramai.

 

 

Astro Awani