Akibat brek mengejut, McLaren 720S dihentam trak pikap dari arah belakang

oleh Mohamad Hanif|
Rakaman daripada dashcam sebuah kereta telah memaparkan sebuah supercar jenis McLaren 720S telah dihentam dari arah belakang oleh sebuah trak pikap di sebuah jalan antara Bangkok dan Pattaya, minggu lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pemandu supercar tersebut yang didapati berlumba bersama rakannya di dalam sebuah Mercedes C63 Black Series melebihi had laju jalan berkenaan sebelum sempat berhenti ketika mendapati trafik di hadapan berhenti mendadak. 
 

Namun, malang tidak berbau apabila trak pikap hitam jenis Chevrolet yang berkelajuan 110 km/j tidak sempat untuk berhenti lantas menghentam belakang McLaren 720S itu sebelum melanggar sebuah Toyota di kiri jalan. 

Pemandu trak pikap tersebut, Weerapong Thongchom mengaku telah melanggar satu daripada tiga buah McLaren yang terdapat di Thailand, namun bersyukur kerana kerosakan pada kereta tersebut tidak begitu ketara.

"Saya memandu dalam kelajuan 100-120 km/j namun saya tidak dapat mengagak kondisi jalan raya dengan betul ketika kejadian, ia sangat penting kepada para pemandu di luar sana untuk berhati-hati (ketika memandu)," ujar beliau lagi. 

Berikut merupakan rakaman detik-detik terakhir sebelum insiden pelanggaran terjadi. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Disebalik rupa paras yang hampir serupa itu, McLaren 750S membawakan nadi bentangan V8 4.0 liter…
Berita Global
  Dari segi pencapaian, 720S GT3 memenangi perlumbaan seperti Asian Le Mans Series, IMSA…
Berita Global
McLaren sebelum ini pernah berkolaborasi dengan Gulf di dalam Formula One dan Can-Am dari tahun…