Namun usah putus asa kerana terdapat satu berita baik buat para peminat transmisi manual yang berpegang pada falsafah "real man use three pedals" sebagai satu pedoman hidup.
Sebuah firma penala yang berpengkalan di Texas, iaitu European Auto Group kini sedang menjalankan ujikaji bagi memuatkan transmisi manual ke dalam Toyota GR Supra!
Ketika ini, Toyota GR Supra dengan enjin enam silinder sebaris dari BMW itu mampu menjana kuasa 'tipu' 335 kuasa kuda yang dipadankan dengan transmisi ZF lapan nisbah kelajuan.
Namun, firma yang pernah berjaya dengan projek Ferrari 458 Italia bertransmisi manual itu kini sedang bekerja untuk memastikan projek penukaran transmisi manual pada GR Supra mampu berjalan lancar.
Menurut laporan Carbuzz, European Auto Group menggunakan sumber-sumber alat ganti dan komponen berprestasi tinggi daripada BMW (ya!) untuk dimuatkan ke dalam Toyota GR Supra.
Ini termasuklah tombol gear manual bagi menghiasi ruang konsol tengah menggantikan tombol gear automatik yang tidak begitu menarik itu.
Seharusnya Toyota melihat kemungkinan ini dari awal, bukan?
Bagi mereka yang berminat, European Auto Group kini sedang mengutip wang pendahuluan bagi pemilik Supra yang mahukan transmisi manual sebagai gaya pemanduan mereka.