Bahagian ekor langsung tidak menampakkan sebarang bentuk retro dan kemungkinan besar "fairing" hadapan yang ada di dalam gambar hanya untuk kegunaan ujian dan bentuk sebenar adalah berlainan dari apa yang ada sekarang.
Careta juga merasakan nama yang akan digunakan ialah Himalayan, meneruskan lagi produk tersebut yang kini hanya wujud dalam varian 411cc.
Enjin 648cc 2-silinder sebaris dengan 8 injap SOHC sejukan minyak itu adalah enjin terbaik dalam keluarga Royal Enfield sekarang. Nisbah mampatan 9.5:1 dengan kitaran aci engkol 270-darjah memberikan kadar daya kilas maksimum pada kelajuan enjin yang rendah.
Walaupun cuma menghasilkan 47hp dalam bentuk asalnya, enjin ini dijangka akan ditala semula untuk kegunaan Himalayan 650 agar memberikan suntukan tenaga yang lebih tinggi.
Transmisi 6-kelajuan dengan "slipper-clutch" dipercayai akan digunakan kembali tetapi dengan nisbah-nisbah dan "final drive" yang lebih sesuai dengan tugas baharunya.
Media-media barat percaya motosikal ini akan dilancarkan ke pasaran pada penghujung tahun ini dan seperti biasa, Royal Enfield terkenal dengan harga yang lebih berpatutan dan rekabentuk yang bergaya.
Jenama yang dimiliki oleh India ini bukti bahawa dengan pengurusan yang cekap, produk automotif boleh menjadi satu jenama global yang berjaya, tak kira dari negara mana pun.