Akhirnya LCS 2 TLDM Dilancarkan

oleh Qalif Latif|
LCS adalah projek paling mahal dan paling kontroversi dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan ATM akhirnya LCS 2 mencipta sejarah tersendiri apabila Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship, LCS) TLDM berjaya dilancarkan secara rasmi selepas bertahun-tahun tertangguh dan menjadi tumpuan siasatan serta kritikan awam. Untuk rekod LCS pertama telah dilancarkan pada tahun lalu dan dijangka akan ditauliahkan 2026.

Kapal tersebut dinamakan Kapal Diraja (KD) RAJA MUDA NALA, sebuah platform tempur moden yang menjadi sebahagian daripada usaha memperkukuh kedaulatan maritim negara. Majlis pelancaran pada 3 Julai berlangsung penuh adat ketenteraan di limbungan Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Pangkalan TLDM Lumut.

LCS
Semalam acara Istiadat disempurnakan oleh 
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin selaku Royal Sponsor. Kapal dinamakan bersempena tokoh kepahlawanan negeri Selangor satu penghormatan yang mengangkat semangat juang warisan diraja ke dalam konteks pertahanan moden.

Simbol Kepahlawanan Diraja

Pemilihan nama Raja Muda Nala melambangkan keberanian dan keteguhan dalam mempertahankan tanah air. Ia juga menjadi manifestasi semangat diraja dalam memperkukuh keselamatan perairan negara.

Spesifikasi KD Raja Muda Nala

KD

KD Raja Muda Nala merupakan kapal kedua dalam kelas Maharaja Lela, berasaskan reka bentuk Gowind dari Perancis. Dibina sepenuhnya oleh Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd, kapal ini menjadi bukti keupayaan anak tempatan membangunkan kapal frigat moden.

Antara ciri utama:

  • Panjang: 111 meter

  • Sesaran penuh: 3,100 tan

  • Persenjataan: Peluru berpandu anti-kapal, torpedo

  • Sensor: Radar SMART-S Mk2, sonar Kingklip

  • Sistem tempur: SETIS

  • Platform udara: Mampu operasi helikopter bersaiz sederhana

  • Misi: Peperangan permukaan, bawah permukaan dan udara secara serentak

Kapal ini berada dalam fasa fitting out, dan dijangka menjalani ujian penerimaan laut (SAT) pada pertengahan 2026sebelum ditauliah masuk perkhidmatan pada 2027.

Kemuncak Usaha Panjang & Pengajaran Nasional

Pelancaran ini turut menandakan titik penting dalam pemulihan projek LCS, yang pernah terhenti akibat isu pengurusan dan kelewatan bertahun. Ia menjadi tumpuan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun kini menunjukkan kemajuan nyata.

Komitmen Negara Memperkasa Maritim

Majlis ini mencerminkan kesungguhan Kementerian Pertahanan dan TLDM dalam memperkukuh armada laut negara menerusi aset strategik berteknologi tinggi. LCS adalah pelaburan jangka panjang dalam memperkasa daya tempur dan kehadiran maritim Malaysia di rantau ini.

Antara tetamu kehormat yang hadir termasuk:

  • YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan

  • Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, Panglima Angkatan Tentera

  • Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain, Panglima Tentera Laut

  • Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II

  • Jeneral Dato Sri Muhamad Norazlan Aris, Panglima Tentera Udara

  • Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin Hj Ludin, Timbalan Panglima TLDM

Gambar : BRKSP

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kemuncak istiadat itu disempurnakan dengan acara ketukan loceng dan penurunan gada-gada yang…
Berita Domestik
Kemalangan berlaku ketika trak itu dalam perjalanan pulang selepas membawa petugas menunaikan solat…
Berita Domestik
Menurut beliau, penambahbaikan proaktif memerlukan kerjasama semua pihak bagi menyokong perjuangan…