Akhirnya, bukti projek SUV Lotus sudah muncul

oleh HEZERI SAMSURI|
Berita berkaitan Lotus akan menghasilkan sebuah SUV sudah berkisar sejak lebih dari enam tahun yang lalu.

Malah penulis sendiri pernah diterbangkan ke ibu pejabat Lotus di Hethel, UK untuk melihat sendiri model tanah liat skala sebenar projek SUV itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
lotus suv paul tan
Imej dari laman web Paul Tan.

 

Dari luaran, ia seperti sebuah Nissan Murano kompak dan bahagian kabin pula umpama sebuah supercar.

Lukisan komputer grafik dari laman web Paul Tan memaparkan bentuk yang seiras dengan konsep itu (penulis dari Paul Tan juga ada bersama ketika lawatan tersebut).

Namun begitu projek itu menjadi senyap kerana Proton mengalami kekangan kewangan. 

Berita terkini dari laman web CarScoops membuktikan pemilik baharu Lotus, Geely tidak mahu menunggu lama-lama untuk memastikan pelaburan mereka membuahkan hasil.

 

 

Sebuah SUV yang ditutupi dengan "sticker" dilihat sedang diuji di kawasan berhampiran ibu pejabat Lotus.

Ia menggunakan badan lama SUV dari Lynk & Co, anak syarikat Geely agar betul sebenarnya dapat dirahsiakan.

Namun begitu, boleh dirumuskan bahawa SUV dari Lotus akan mempunyai tayar/roda yang lebih besar dan jarak antara roda (wheel track) yang lebih lebar.

Ini kerana ruang roda kenderaan misteri itu menunjukan ia telah dikerat untuk memuatkan kombinasi tayar dan roda yang besar.

 

 

Selain dari itu, ketiadaan corong ekzos serta tempat isi minyak yang ditutup terus dan logo voltan tinggi pada cermin itu menimbulkan tanda tanya samada SUV itu akan menjadi EV atau Plug-In Hybrid.

Ketua Eksekutif Lotus, Jean Marc Gales pernah berkata bahawa SUV ini akan menggunakan komponen-komponen dari Volvo XC90 dan XC60.

Walaupun Geely dikatakan mengawal Lotus, 49 peratus saham syarikat itu masih milik Etika Automotive, sebuah syarikat di bawah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…