Akademi Pekema kini dibuka kepada orang ramai

oleh SALINA JALIL|
Pekema (Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) telah menubuhkan Akademi Pekema yang berpusat di Wisma Yayasan Pekema, Cyberjaya. Terdahulu Akedemi Pekema lebih dikenali sebagai “Pekema Learning Centre” yang ditubuhkan khas untuk menyediakan latihan kepada ahli-ahli Pekema, Pemegang AP dan pemegang francais di seluruh negara.



Majlis perasmian dan juga sesi menandatangi memorandum perjanjian (MoU) telah berlangsung pada 3 Oktober 2019 di antara Pekema bersama UTMSPACE bagi penawaran pengajian diploma profesional dalam bidang automotif, jualan dan pengurusan jualan.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Tiga kursus yang ditawarkan adalah “Diploma Profesional Kecekapan Diagnostik Auto”, “Diploma Profesional Perunding Jualan Auto” dan “Diploma Profesional Strategik dan Pengurusan Perniagaan”.

 


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pekema, Mohamad Shalan Hassan, kerjasama melibatkan yang Akademi Pekema dan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan UTM (UTMSpace) adalah pengajian diploma jangka pendek . Kursus ini diwujudkan bagi memberi lebih pendedahan kepada pemain industri yang mahu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka yang sedia ada.

 


Sesi pengajian bagi kursus tersebut akan bermula pada Januari tahun hadapan dan ianya bukan sahaja terbuka kepada  peserta industri sedia ada, malah akan dibuka kepada pelajar lepasan pusat pengajian serta orang ramai. 

 

 

Tempoh pengajian setiap kursus untuk satu sesi adalah 12 bulan (3 semester) dan sesi kuliahnya akan berlangsung di Wisma Yayayan Pekema, Cyberjaya. 

 


Pada majlis tersebut, Pekema yang diwakili oleh Datuk Zainuddin Abd Rahman selaku President Pekema manakala UTMSPACE pula diwakili oleh Prof. Dr. Azlan Ab Rahman iaitu Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE.

 


Dari segi tenaga pengajar pula, pensyarah yang dipilih adalah dari golongan profesional dalam industri bagi memudahkan pelajar berinteraksi secara bersemuka. Manakala modul pula akan disediakan dari pihak akademi. 

 

Selain dari kelas teori, pihak akademi juga akan menyediakan latihan berbentuk praktikal kepada pelajar bagi memudahkan pelajar dalam memahami kursus yang diambil. 

 

Dari segi yuran yang akan dikenakan bagi pengajian diploma profesional juga amat berpatutan iaitu dibawah RM10,000 bagi setiap kursus yang ditawarkan.