AJP Motorcycle lancar empat model motosikal enduro - harga anggaran dari RM23,000

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebuah lagi jenama motosikal yang memfokuskan kepada arena off-road di Malaysia, AJP Motorcycles hadir dengan empat buah model motosikal enduro iaitu PR5 250 Enduro, PR5 250 Extreme, PR5 250 Supermoto dan sebuah motosikal 600 cc, PR7 600 Adventure. 

AJP Motorcycle mensasarkan harga jualan untuk model PR5 bermula dari RM23,000 sehingga RM35,000 manakala model PR7 pula bermula dari RM60,000.

 


Ketiga-tiga model PR5 dikuasakan enjin empat lejang silinder tunggal 249 cc yang mampu menghasilkan kuasa 30 hp dan daya kilas 27 Nm yang masuk penuh pada puratan enjin 7,000 rpm. 

Apa yang membezakan antara ketiga model 250 ini ialah ketinggian tempat duduk untuk Enduro dan Extreme setinggi 940 mm manakala untuk model Supermoto pula ialah 890 mm. 


Sistem suspensi motosikal ini menggunakan Sachs USD 48 mm di hadapan manakala di belakang menggunakan sistem monoshock boleh laras sepenuhnya, juga dari Sachs dengan jarak pergerakan (suspension travel) 300 mm. 

Model Enduro and Extreme menggunakan rim bersaiz 21 inci dibaluti tayar 90/90 (hadapan) dan 100/80 di belakang, manakala model Supermoto pula menggunakan saiz tayar 100/80-17 di hadapan dan 130/70-17 di belakang. 


Untuk model PR7 600 Adventure pula, ia dikuasakan enjin silinder tunggal DOHC bersesaran 600 cc yang mampu menjana 60 hp yang dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan. 

Sama seperti model PR5, sistem suspensi PR7 menggunakan sistem USD 48 mm dari Sachs di hadapan dan sistem monoshock di belakang dengan jarak pergerakan suspensi 280 mm. 

 


Menariknya, untuk model PR7 ini, AJP melengkapkan sebuah tablet bagi memberikan pelbagai informasi berguna kepada penunggang.