Aito M5 - SUV plug-in hybrid dengan teknologi Huawei

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda tidak pernah mendengar nama Aito, usah risau kerana ia sebenarnya berasal daripada negara yang mempunyai terlalu banyak jenama automotif, iaitu China.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Aito itu sendiri merupakan akronim kepada "Adding Intelligence to Auto" yang dibentuk oleh Seres dan juga Huawei.

Aito M5 (usah keliru pula dengan BMW M5) merupakan sebuah SUV plug-in hybrid saiz pertengahan yang menggunakan asas daripada Seres SF5.

Baca: Seres SF5 EV

Dari segi dimensi, Aito M5 berukuran 4,770 mm, lebar 1,930 mm, tinggi 1,625 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,880 mm.
 

SF5


Tatkala unit lampu, bonet dan bentuk keseluruhan masih lagi serupa, Aito M5 boleh dibezakan menerusi rekaan bampar depan yang berlainan, beberapa panel badan yang lain, termasuklah bahagian lampu belakang yang menyerupai rekaan Porsche Macan.

Ruang kabin pula menempatkan skrin tengah bersaiz 15.6 inci dengan sistem infotainmen Huawei Harmony OS, diikuti skrin kluster digital 10.4 inci, bumbung panoramik, serta sistem pencahayaan ambien 128 warna.
 

SF4


Ia turut didatangkan dengan upholsteri kulit Nappa, sistem pewangi terbina, sistem audio Huawei 1,000 watt dengan 19 pembesar suara, diikuti dengan perehat kepala pemandu dengan pembesar suara terbina.

Seperti yang disebutkan, Aito M5 2022 merupakan sebuah SUV yang didatangkan dengan trenkuasa plug-in hybrid, terdiri daripada enjin 1.5 liter (123 hp) dan padanan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang (272 hp), atau motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda (428 hp atau 496 hp).

Varian paling berkuasa mampu memecut sepantas 4.4 saat dari pegun ke 100 km/j.
 

SF5


Enjin petrol itu tadi tidak disambung secara terus kepada roda, sebaliknya bertindak sebagai unit penambah jarak sahaja (range extender), sementara pek bateri 40 kWh pula membenarkan jarak sifar emisi sejauh 150 km.

Dengan kombinasi tangki bahan api dan kapasiti bateri penuh, Aito M5 PHEV ini mampu bergerak sejauh lebih 1,100 km!

Harga jualan Aito M5 bermula dari 249,000 RMB (RM164,680) untuk versi RWD, diikuti 279,800 RMB (RM185,050) untuk versi AWD dan 319,800 RMB (RM211,504) untuk versi AWD 496 hp.