Airbus setuju pengstrukturan semula tempahan 400 pesawat AirAsia

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat pembuat kapal terbang penumpang Airbus telah bersetuju untuk mengurangkan harga ataupun mengkaji semual jadual penyerahan ratusan pesawat-pesawat penumpang yang ditempah oleh AirAsia demi untuk menyelamatkan kontrak yang bernilai puluhan billion itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan agensi Reuters, AirAsia yang merupakan pelanggan terbesar Airbus untuk benua Asia telah menempah sebanyak 400 unit pesawat A320 tetapi impak pandemik Covid-19 menyebabkan proses penjualan itu terbantut.

Reuters berkata sumber beritanya memaklumkan perjanjian baharu itu tidak melibatkan pembatalan pesanan tetapi lebih kepada pengstrukturan semula jadual penghantaran pesawat-pesawat dan potongan harga serta beberapa lagi butiran lain berkaitan perjanjian itu.

Airbus dan AirAsia tidak memberikan sebarang respon semasa artikel ini ditulis.

* Laporan penuh di Reuters

 

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…