Airbus sasar guna bahan api mampan 100 peratus menjelang 2030

oleh Mohamad Hanif|
Semua pesawat Airbus dijangka akan menggunakan 100 peratus bahan api penerbangan mampan (SAF) menjelang tahun 2030.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hasrat tersebut diperkukuhkan lagi dengan pengenalan generasi terkini pesawat Airbus A220 yang menawarkan penggunaan bahan api yang lebih rendah, serta pengurangan pelepasan karbon sehingga 25 peratus berbanding pesawat generasi terdahulu bersaiz serupa.

Menurut Pengarah Pemasaran Produk Pesawat Lorong Tunggal Airbus Raymond Manougian berkata, “Bagi semua pesawat Airbus, A220 bersedia untuk beroperasi dengan 50 peratus SAF. Ini memberi sumbangan segera kepada matlamat industri untuk mengurangkan impak penerbangan terhadap alam sekitar,” katanya pada sesi lawatan demonstrasi penerbangan di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) di sini, hari ini.

 

 

Airbus A220


Manougian berkata pesawat terbabit menggunakan campuran 10 peratus SAF yang disediakan oleh pengeluar bahan api itu, Neste.

Selepas LIMA’23, pesawat generasi terkini itu akan meneruskan lawatan demonstrasi ke Jakarta, Bangkok dan Koh Samui.

Menurutnya, Airbus juga telah mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan tempatan dan menjangkakan potensi besar di Malaysia serta di rantau ini.

Setakat ini, terdapat kira-kira 780 tempahan bagi A220 dari Eropah, Timur Tengah dan Afrika manakala sebanyak 262 telah diserahkan, kata beliau.
 

airbus a220


Airbus A220 boleh didapati dalam dua varian, di mana A200-100 mampu membawa muatan 100 hingga 130 orang penumpang sementara varian A220-300 yang lebih besar pula mampu memuatkan antara 130 hingga 160 orang penumpang.

Pesawat generasi baharu ini dikuasakan oleh enjin turbofan Pratt & Whitney PW1500G.

Airbus menguasai 35 peratus kehadiran dalam pasaran di Asia Pasifik daripada kalangan 118 pengendali.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Selain perlu mengeluarkan duit untuk membayar bulanan kereta atau servis mengikut tempoh, mengisi…
Berita Domestik
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular…
Berita Domestik
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ia bukanlah satu model yang mampan dan saksama apabila…