AirAsia X sambung semula penerbangan ke Tokyo, tiga kali seminggu

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari AirAsia
AirAsia X (AAX) semalam menyambung semula penerbangannya ke Tokyo (Haneda) berikutan pembukaan semula sepenuhnya sempadan negara itu untuk pelancong antarabangsa.


AAX dalam satu kenyataaan berkata penerbangan tiga kali seminggu itu akan menjadi penerbangan pertama AAX ke Jepun selepas pandemik, menjelang pelancaran laluan keduanya ke Sapporo (Shin-Chitose) pada bulan Disember depan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Sempena penyambungan semula perkhidmatannya, AAX meraikan penerbangan tersebut dengan majlis pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) dengan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk para tetamu.

 

AAX juga menawarkan tambang bernilai hebat dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Haneda) daripada RM699 sehala untuk ekonomi dan daripada RM2,599 untuk Premium Flatbed.

Tambang tersedia untuk tempahan sekarang bagi tempoh perjalanan antara sekarang hingga 30 Mac 2024.

 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata Jepun adalah antara destinasi utama syarikat penerbangan itu dan pihaknya teruja untuk kembali ke Tokyo yang merupakan salah satu laluan yang paling popular.

 

"Penyambungan semula perkhidmatan ke Tokyo juga menandakan komitmen kami untuk memacu pertumbuhan kami sebagai syarikat penerbangan jarak pertengahan. Ini hanyalah laluan pertama daripada beberapa laluan ke Jepun yang akan beroperasi termasuk ke Sapporo (Shin-Chitose) pada bulan Disember dan Osaka tahun depan.

 

"Kami juga mempunyai penerbangan sambungan melalui Kuala Lumpur ke Jepun termasuk dari Australia dan banyak lagi. Apabila permintaan meningkat, kami akan menambah lebih banyak penerbangan ke Tokyo secara beransur-ansur pada masa hadapan," katanya.

 

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…