AirAsia X dijangka buang lagi pekerja

oleh SALINA JALIL|
AirAsia X Bhd (AAX) dijangka membuang lebih ramai pekerja selepas merekodkan kerugian bersih RM5.6 bilion bagi suku yang berakhir 31 Mac 2021.


AAX dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pendapatannya susut 29.6 peratus suku ke suku kepada RM38.49 juta disebabkan kebanyakan pesawatnya masih tidak boleh beroperasi akibat Covid-19 sejak April tahun lalu selain jumlah penerbangan kargo dan sewaan khas yang terhad.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

“Kumpulan mencatatkan kerugian disebabkan oleh perbelanjaan operasi lain-lain berjumlah RM5.21 bilion pada tempoh dikaji berbanding RM45.06 juta pada suku sebelumnya.

 

“Ini termasuk penyewaan tanah, bangunan dan peralatan, perbelanjaan insurans dan penurunan nilai hutang berjumlah RM337 juta yang berkaitan dengan sewaan dan simpanan penyelenggaraan yang disebabkan oleh usaha sama melalui perantara pajakan pihak ketiga,” katanya.

 

Tambah kenyataan itu katanya, AAX kini sedang berunding dengan pemajak dan pemiutang kerana syarikat penerbangan mengalami impak ketara dengan penangguhan operasi penerbangannya.

 

“Kumpulan tidak dapat memulakan semula operasi yang dijadualkan sehingga ada terdapat kelonggaran sekatan perjalanan dan pembukaan semula sempadan antarabangsa secara beransur-ansur.

 

“Syarikat telah meminta penangguhan pembayaran dan konsesi dari pembekal, pemiutang dan pemajak serta mengurangkan perbelanjaan modal,” jelasnya.

 

Katanya, AAX juga telah melaksanakan pengurangan gaji di semua peringkat dan jumlah pekerja telah dikurangkan sebanyak 10 peratus dengan merancang pengurangan selanjutnya terutama dalam pekerjaan yang berkaitan dengan operasi penerbangan. 

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
  "Pada suku ini, tumpuan utama terus diberikan kepada pengaktifan semula kumpulan pesawat…
Berita Domestik
  Selain itu, pelanggan yang terjejas oleh proses penstrukturan semula juga bakal menerima bayaran…
Berita Domestik
  "Caj tertunggak penerbangan itu terdiri daripada caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan…