AirAsia X Bhd catat prestasi terburuk pada suku kedua tahun ini

oleh SALINA JALIL|
AirAsia X Bhd terus mencatatkan prestasi buruk pada suku kedua tahun ini, kesan daripada sekatan perjalanan yang dicetuskan COVID-19.


Operasi AirAsia X terjejas teruk berikutan sekatan perjalanan yang dilaksanakan di seluruh dunia, di mana unit penerbangan jarak jauh AirAsia Group itu sehingga kini masih 'merehatkan' armada pesawatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam satu kenyataan, AirAsia X berkata, ia merekodkan faktor muatan penumpang (PLF) berjumlah 38 peratus pada suku dikaji, susut daripada 74 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya berikutan sekatan perjalanan yang dicetuskan COVID-19.

 

"Syarikat telah mengumumkan hibernasi sementara armada pesawat pada akhir suku pertama dan ia kekal dengan sempadan antarabangsa bagi destinasi kami masih ditutup," katanya.

 

Syarikat itu berkata, jumlah penumpang juga menyusut kepada 2,291 orang, sementara kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) merosot kepada 31 juta daripada 8,442 juta.

 

"Kami hanya mengambil penumpang yang minimum pada April lalu termasuk menerusi penerbangan pesawat kargo," katanya.

 

Pada suku kedua, AirAsia X hanya melaksanakan operasi minimum untuk menyokong penghantaran pulang pelancong, perkhidmatan pengangkutan serta kargo.

 

"Jumlah sektor yang diterbangkan menerusi khidmat sewaan dan kargo adalah sehingga 146 ketika tempoh dikaji," katanya.

 

Sementara itu, AirAsia X Thailand mencatatkan PLF berjumlah 82 peratus pada suku kedua tahun ini, dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 377 dan jumlah penumpang 309 orang pada suku kedua.

 

"Sama seperti AirAsia X Malaysia, unit perniagaan kami di Thailand juga mengumumkan hibernasi pesawat awal tahun ini dan kekal sebegitu sehingga sekarang," katanya.

 

Jumlah pesawat AirAsia X Malaysia adalah 24 unit pesawat A330, sementara AirAsia X Thailand pula tidak berubah kepada 14 unit A330.

 

Jumlah keseluruhan pesawat milik AirAsia X Group adalah 40 unit A330 setakat akhir suku kedua tahun ini termasuk dua milik AirAsia X Indonesia, yang digantung sejak 2019.

 

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…