AirAsia tawar promosi serendah RM85 ke Singapura sempena VTL

oleh SALINA JALIL|
AirAsia menawarkan harga promosi kepada pengembara ke Singapura susulan pelaksanaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Malaysia-Singapura pada Isnin.


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, pengembara yang telah lengkap divaksin dari Malaysia yang mahu melakukan perjalanan ke Singapura perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura sebelum membeli tiket penerbangan dan selepas tiba di negara itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, pelanggan boleh menempah penerbangan mereka ke Singapura daripada harga serendah RM85 sehala bagi perjalanan antara sekarang hingga 26 Mac, 2022 menerusi ikon “Flights” di Super App AirAsia.


Menurutnya, pelanggan juga boleh mendapatkan tawaran istimewa penerbangan dan hotel menerusi ikon “SNAP” di Super App dengan penjimatan sehingga 30 peratus, manakala mereka yang memilih menempah hotel secara berasingan boleh menggunakan ikon “Hotels” di aplikasi tersebut dan mendapatkan tambahan 10 peratus diskaun dengan kod promosi AAHOTEL10.

 

“AirAsia ingin memberi jaminan kepada para pelanggan bahawa kami melaksanakan protokol kesihatan dan keselamatan yang sangat ketat dalam semua penerbangan kami dengan kru terlatih kami yang juga telah lengkap divaksin untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik di dunia semasa era pandemik,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Riad berkata, AirAsia menghabiskan masa lebih 18 bulan lepas semasa tempoh penerbangan tidak aktif untuk memantapkan lagi dan mengubahsuai prosedur dan proses penerbangan.

 

“AirAsia menjamin standard keselamatan yang tinggi sebagai sebahagian daripada pelan mitigasi Covid-19 syarikat termasuk menerima hanya pelanggan yang telah lengkap divaksin menaiki pesawat, mewajibkan daftar masuk menerusi airasia Super App dan melaksanakan sistem masuk penerbangan pengecaman muka ‘FACES’ bagi menjadikan keseluruhan perjalanan yang digital sepenuhnya dan tanpa sentuhan,” katanya

 

 

. - Bernama
 

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…