AirAsia rasmi dikenali sebagai Capital A

oleh Mohamad Hanif|
AirAsia Group Bhd (AAGB) secara rasmi ditukar kepada Capital A Berhad (Capital A atau Kumpulan) berkuat kuasa serta merta selepas kejayaan pendaftaran nama tersebut di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diumumkan pada 3 Januari lalu, dan kelulusan rasmi telah diterima semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pertukaran nama tersebut tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas operasi syarikat, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tony Fernandes.

Jelasnya lagi, pertukaran nama tersebut turut mencerminkan strategi perniagaan terars baharu bagi kumpulan itu sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup.

Ia sekaligus mengubah jenama AirAsia menjadi lebih daripada sekadar sebuah jenama penerbangan.

Nama baharu itu juga dikatakan akan meningkatkan lagi kebolehpasaran produk syarikat.

Dalam pada itu, Capital A mensasarkan untuk menghubungkan lebih satu bilion orang di Asean menjelang tahun 2026.

"Dengan akses kepada lebih 700 juta orang di rantau ini, saya percaya terdapat peluang pertumbuhan yang luar biasa untuk jenama kami merentasi pelbagai industri berbeza dalam semua pasaran teras kami.
 

AirAsia


Pada ketika ini, platform airasia Super App menawarkan 16 produk dan perkhidmatan seperti penerbangan, keperluan gaya hidup, makanan, barangan runcit, e-dagang, perkhidmatan penghantaran, e-panggilan dan banyak lagi.

Fernandes juga berharap sempadan akan dibuka semula secara beransur-ansur sepanjang 2022 dan sekali gus akan melihat kapasiti kembali seperti biasa untuk perkhidmatan antarabangsa pada pertengahan hingga suku ketiga tahun ini.

“Sejak dua tahun lalu kami telah memanfaatkan masa penggantungan penerbangan untuk membina asas kukuh untuk masa depan yang berdaya maju dan berjaya, yang tidak bergantung kepada tambang penerbangan sahaja.

“Capital A melambangkan era baharu untuk syarikat penerbangan dan semua perniagaan portfolio kami dalam pada kami memulakan fasa pertumbuhan baharu.

“Sebaik sahaja syarikat penerbangan kembali ke tahap pra-COVID dalam masa terdekat, semua barisan perniagaan lain akan mendapat manfaat yang ketara dan melonjak ke tahap baharu dengan seiring,” tambah beliau.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…