AirAsia mungkin tutup operasi di Jepun

oleh HEZERI SAMSURI|
AirAsia kini senang melihat kesemua pilihan yang ada di dalam tangan mereka berkaitan operasi syarikat tersebut di Jepun, termasuklah menutup terus cawangan di negara matahari terbit itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes berkata keputusan sebenarnya masih belum dicapai.

AirAsia memang mempunyai penerbangan ke Jepun tetapi dihentikan kerana pintu sempadan antarabangsa yang tidak dibuka.

Operasi syarikat penerbangan tambang murah itu di Jepun boleh dikatakan tidak begitu besar dan kerana itu AirAsia sedang menimbang kesemua pilihan yang ada, termasuk untuk menutup terus cawangan tersebut.

Dalam masa yang sama, AirAsia telah melancarkan Akademi Redbeat di mana ia memberikan kursus-kursus transformasi skil baharu yang mampu memberi bantuan kepada pekerja-pekerja yang terkesan dalam proses pengecilan operasi syarikat penerbangan tersebut.

  

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…