AirAsia kenakan bayaran daftar masuk kaunter, di antara RM20 hingga RM30

oleh SALINA JALIL|
AirAsia memperkenalkan bayaran daftar masuk di kaunter di antara RM20 hingga RM30 mengikut bandar dan negara yang menjadi destinasi penumpangnya berkuatkuasa semalam.

Kadar RM20 dikenakan kepada setiap penumpang bagi penerbangan domestik dan RM30 untuk penerbangan antarabangsa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagaimanapun, penumpang yang mendaftar masuk secara dalam talian di laman web AirAsia.com, aplikasi mudah alih atau di kios lapangan terbang tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

 

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia, Javed Malik berkata, pihaknya telah menyaksikan pengadaptasian yang amat tinggi dalam perkhidmatan daftar masuk sendiri menerusi laman web, aplikasi mudah alih dan kios di lapangan terbang sejak beberapa ketika ini.

 

Justeru itu katanya, pelaksanaan bayaran daftar masuk kaunter adalah cara pihaknya untuk lebih mendorong penumpang menggunakan teknologi digital yang telah kumpulan banyak melaburkan, mempromosikan dan meningkatkan kecekapan operasi dan kemudahan pelanggan.

 

"Dengan penularan wabak COVID-19, kemudahan daftar masuk sendiri ini menjadi sangat penting dalam meminimumkan hubungan fizikal antara penumpang dan kakitangan kami.

 

"Dalam dua bulan terakhir, ribuan penumpang dalam perjalanan penting telah merasai prosedur perjalanan tanpa sentuhan kami ketika kami meningkatkan langkah keselamatan dan sekuriti untuk kesihatan dan keselamatan penumpang dan Allstars kami," katanya dalam kenyataan.

 

Mengulas lanjut Javed berkata, AirAsia juga adalah salah satu syarikat penerbangan pertama yang melaksanakan ciri penyaringan laporan ujian reaksi polimerase (PCR) di laman web AirAsia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

 

"Ia membolehkan penumpang untuk memuat naik laporan PCR atau dokumen perjalanan terpilih mereka dan mendaftar masuk untuk penerbangan mereka, biarpun sebelum tiba di lapangan terbang untuk pengalaman perjalanan tanpa sentuhan yang lebih baik.

 

"Kami menggalakkan semua penumpang untuk menggunakan ciri dan kemudahan layan diri yang sudah pun tersedia kini, untuk disesuaikan sepenuhnya dengan cara perjalanan baharu," katanya.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…