"Akibatnya, sesetengah penerbangan mungkin mengalami kelewatan disebabkan pelarasan kapasiti operasi dan landasan di lapangan terbang tersebut," kata AirAsia dalam siaran di X.
Syarikat itu berkata, pelanggan akan dimaklumkan secara langsung jika dan apabila terdapat perubahan pada penerbangan mereka.
"Pelanggan digalakkan menyemak status penerbangan mereka pada aplikasi AirAsia MOVE atau layari https://www.airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini," katanya.