AirAsia bakal tawar perkhidmatan penghantaran menggunakan dron, teksi udara

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat penerbangan tambah rendah AirAsia bakal menceburi bidang penghantaran barang, selain menyediakan perkhidmatan teksi udara pada masa akan datang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Channel News Asia, AirAsia Group Bhd menerusi cabang logistiknya Teleport akan bekerjasama dengan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Sektretariat Utama Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS) untuk melancarkan Sandbox Penghantaran melalui Dron di Kawasan Bandar.

Projek perintis perkhidmatan penghantaran pesanan daripada platform e-dagang airasia menggunakan dron automatik itu akan dilaksanakan melalui pendekatan bertahap selama enam bulan di tapak ujian Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS) ketiga di Cyberjaya.

Selain daripada itu, perkhidmatan seru pandu menggunakan teksi udara juga akan turut dilancarkan dalam masa terdekat.

Menurut ketua eksekutif Tony Fernandez menjelaskan, "teksi udara akan mempunyai seorang juruterbang dan tempat tempat duduk, dan pada ketika ini kami sudah pun mempunyai pasukan tersendiri untuk mengendalikan perkhidmatan ini.

Tambah beliau lagi, perkhidamtan ini dijangka bakal beroperasi dalam masa 18 bulan.

Sumber: CNA

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pengumuman itu dibuat pada minggu yang sama ketika Lilium, syarikat start-up teksi udara Jerman…
Berita Global
  "UAM boleh melebarkan lagi sektor pengangkutan udara, kita kenal pasti industri ini juga…
Berita Global
Malah, pengeluar kenderaan jenama premium tersebut akan mengkaji semula kerjasama yang dibuat…