AirAsia alami kerugian bersih RM953 juta pada suku pertama 2020

oleh SALINA JALIL|
AirAsia Group Bhd (AirAsia) mencatatkan kerugian bersih RM953 juta pada suku pertama 2020 berakhir 31 Mac 2020, berbanding keuntungan bersih RM102 juta pada suku sebelumnya.


Kerugian itu disebabkan oleh pendapatan lebih rendah disebabkan penurunan permintaan perjalanan selain kos penyelenggaraan dan baik pulih yang lebih tinggi sebanyak 54 peratus, kerugian kos bahan api berjumlah RM110 juta dan nilai kerugian derivatif berjumlah RM270 juta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Pendapatannya pada tempoh dikaji susut 15 peratus kepada RM2.3 bilion daripada RM2.7 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

 

Walaupun memulakan tahun ini dengan prestasi yang kukuh pada Januari 2020, ketidakpastian COVID-19 serta peningkatan sekatan perjalanan dan kawalan sempadan telah menyebabkan permintaan perjalanan udara yang lemah pada Februari dan Mac.

 

Kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) susut sebanyak 19 peratus disebabkan oleh pengurusan kapasiti proaktif untuk mengurangkan impak.

 

Pendapatan sampingan pada suku pertama 2020 juga susut sebanyak 16 peratus tahun ke tahun menjadi RM556 juta.

 

Pendapatan sampingan bukan penerbangan meningkat 27 peratus tahun ke tahun.

 

 

Presiden (Airlines) AirAsia, Bo Lingam, berkata kedudukan pasaran syarikat terus kukuh pada 1Q2020 walaupun menghadapi pelbagai cabaran.

 

"Kami gembira melihat peningkatan penguasaan pasaran domestik dalam tiga daripada Sijil Pengendali Udara (AOC)," katanya dalam satu kenyataan.

 

Beliau berkata, pendapatan tempat duduk kilometer tersedia (RASK) AirAsia Malaysia naik dua peratus disebabkan strategi harga yang lebih baik, sementara RASK AirAsia Indonesia meningkat sebanyak tiga peratus.

 

Katanya, walaupun AirAsia Filipina mengalami penurunan penumpang sebanyak sembilan peratus, faktor muatan tetap sihat pada 84 peratus.

 

"Untuk setiap pasaran operasi kumpulan, kami telah memulakan operasi secara berperingkat dan fokus di dalam negeri buat masa ini, sebelum membuka ke Asean dan kemudian seluruh Asia.

 

"Kami terus mengadakan linat urus dengan pihak berkepentingan terutama kerajaan dan pengendali lapangan terbang dalam usaha kolektif dalam menghidupkan kembali perjalanan udara," katanya.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…