Aidilfitri: Polis saran guna LPT, Lebuhraya Timur-Barat untuk elak kesesakan

oleh Mohamad Hanif|
Rakyat Malaysia khususnya anak Kelantan disaran untuk menggunakan jalan alternatif iaitu Lebuhraya Pantai Timur (LPT) atau Lebuhraya Timur-Barat bagi mengelakkan kesesakan di laluan Gua Musang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bernama melaporkan, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya telah bersedia menghadapi pertambahan jumlah kenderaan dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum hari raya berikutan cuti hujung minggu dan cuti tambahan bagi sesi persekolahan.

Beliau berkata sekiranya anak perantau menggunakan kedua-dua laluan yang boleh diakses melalui Terengganu dan Perak itu, keadaan kesesakan lalu lintas di Gua Musang akan terkawal.

“Saya tak mampu nak menjangka berapa banyak kenderaan akan masuk, tetapi pastinya Aidilfitri kali ini lebih ramai akan balik ke Kelantan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Rezeki Ramadan dan Majlis Iftar Ramadan bersama warga Ibu Pejabat Polis (IPD) Gua Musang di Dewan Tanjung IPD Gua Musang di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata susulan penutupan jalan bagi tujuan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C, IPD Gua Musang sedang meneliti dua jalan alternatif dari Kuala Lumpur-Kota Bharu-Kuala Lumpur sebagai usaha mencari kaedah mengurangkan kesesakan trafik untuk pengguna jalan raya.

“Saya telah minta Ketua Polis Daerah dan Bahagian Trafik IPD Gua Musang untuk mencari kaedah serta laluan alternatif yang lain untuk melicinkan lagi perjalanan pengguna jalan raya.

“Kemungkinan ada jalan-jalan alternatif yang orang dari luar tak tahu, tetapi orang tempatan tahu supaya dapat melancarkan lagi perjalanan,” katanya.

Muhamad Zaki turut berharap pengguna jalan raya bersabar dengan kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan kini.

“Untuk mendapatkan kemudahan yang selesa memerlukan sedikit pengorbanan,” katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Buat masa sekarang kita tiada hasrat mansuhkan tol terbabit kerana kena faham kita memerlukan…
Berita Domestik
Menurutnya, secara keseluruhan Seksyen 5A: Raub ByPass membabitkan jarak 9.6 km dengan kerja-kerja…
Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…