Aidilfitri: Kekerapan penerbangan domestik ditambah

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu kenyataan mengumumkan penambahan kekerapan penerbangan bersempena dengan perayaan Aidilfitri, menurut laporan Bernama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Beliau menambah, penerbangan tambahan (termasuk laluan ke Sabah dan Sarawak) telah diluluskan, di mana syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) akan menyediakan pesawat jenis wide body untuk menampung permintaan.

Menurutnya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah memaklumkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam mengenai kelulusan pertambahan penerbangan itu.

Loke berkata lagi, pelaksanaan harga tetap untuk penerbangan akan turut dilakukan.

“Dengan itu, kapasiti penerbangan akan bertambah, kapasiti tempat duduk sudah tentu bertambah dan harga purata juga dijangka menurun. Jadi, itu pendekatan yang kita guna pakai," katanya yang akan mengumumkan kapasiti tambahan itu dalam masa terdekat.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehubungan itu, MAG menerusi kempen Jualan Khas Percutian Malaysia Airlines, kini menawarkan…
Berita Domestik
Inisiatif tersebut dikhususkan untuk laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak…
Informasi
"Bagi mereka yang ingin meneroka destinasi antarabangsa, nikmati tambang termasuk semua sehala…