Aidiladha: Pergerakan merentas negeri bakal ditentukan hari ini

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan akan mengumumkan ketetapan untuk merentas negeri menjelang sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha yang dijadualkan pada hari ini, menurut laporan daripada Astro Awani malam tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, keputusan tersebut akan mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tambah beliau lagi, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengetatkan kembali prosedur standard (SOP) serta menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melihatkan kepada peningkatan laporan kes COVID-19 selama empat hari berturut-turut.

Setakat ini, aktiviti merentas negeri masih lagi dibenarkan, manakala syarat pemakaian pelitup muka hanya akan dikuatkuasakan pada 1 Ogos nanti.

Selain daripada itu, Ismail Sabri Yaakub juga memberikan amaran kepada 2,800 individu supaya membuat saringan kali kedua sebelum tindakan diambil ke atas mereka.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-duanya memberikan alasan surat majikan yang disertakan sudah cukup dan tidak memerlukan cop…
Berita Domestik
Sementara negeri lain seperti Kedah, Kelantan, Sarawak, Negeri Sembilan dan Perak kekal di bawah…
Berita Domestik
Namun, beliau menegaskan terdapat beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia seperti…