Aidiladha: PDRM guna dron pantau pesalah trafik guna lorong kecemasan

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan. Sumber: Bernama
Op Lancar akan dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan di seluruh negara bermula esok, bagi memastikan kelancaran aliran trafik susulan cuti Hari Raya Aidiladha pada Ahad ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, operasi yang dilancarkan sehingga 11 Julai itu akan menumpukan kepada pergerakan orang ramai pulang ke kampung dan kembali semula ke ibu kota selepas berhari raya.

“PDRM melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sudah mengenal pasti kawasan ‘hotspot’ yang dijangka sesak.

“Seluruh kekuatan petugas diatur gerak ke lapangan termasuk keanggotaan balai, kereta peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) secara sistematik bagi memastikan aliran trafik di lebuh raya, jalan negeri atau bandaran bergerak lancar serta terkawal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, rondaan cegah kemalangan dan ‘omnipresent’ di lokasi turut dijalankan termasuk pendekatan pemantauan melalui dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) bertujuan mengesan kesalahan menggunakan lorong kecemasan.

Noorsiah berkata, pengguna jalan raya disarankan merancang perjalanan dan peka dengan informasi aliran trafik semasa.

“Laksanakan peranan sebagai pengguna jalan raya yang berhemah dan patuhi segala peraturan lalu lintas dengan tidak memotong barisan, menyalahgunakan lorong kecemasan atau parkir kenderaan sehingga menghalang laluan,” katanya.

Katanya lagi, PDRM komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan orang ramai sepanjang perjalanan terjamin bagi meraikan Aidiladha dalam suasana kekeluargaan sejahtera.

Sumber: Utusan

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…