Ahli MBC tua dan muda berkhemah di Kuala Mu

oleh HEZERI SAMSURI|
Antara kelab motosikal yang popular di dalam dunia forum online di Malaysia ialah MBC, atau Malaysian Bikers Community.

Apa yang unik mengenai kelab ini ialah ia dianggotai oleh pelbagai jenis peminat motosikal dan dari pelbagai kaum.

Baru-baru ini, kelab MBC mengadakan "ride" sempena hujung minggu dan ia diikuti oleh lebih dari 30 buah motosikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti apa yang sering dikatakan oleh ahli MBC, aktiviti kali ini sama seperti aktiviti-aktiviti MBC yang lain. Ahli-ahli yang mengikut perjalanan kali ini terdiri dari mereka yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC sehingga ke motosikal sport bagger BMW K16.

 

 

Penunggang wanita juga tidak ketinggalan mengikuti ride ini, dan ada beberapa yang mengikut menggunakan kenderaan empat roda kerana perlu membawa kelengkapan makanan dan juga barangan untuk didermakan ke Pos Orang Asli di Kuala Mu itu.

Ride MBC Back To Nature: Kuala Mu itu dilakukan pada 9 dan 10 Februari lalu. Konvoi bertemu seawal jam 8.00 pagi di RnR Sungai Buluh dan berhenti makan tengahari di Restoran D'Kebayan, Chemor.

Di sana, ahli-ahli lain dari utara sampai. Ada juga ahli yang datang selepas seminggu berkelana di Thailand - abang Aki Anis dari Bintulu, Sarawak (gambar bawah).

 

 

Kesemua ahli konvoi selamat tiba ke Kuala Mu pada jam 3.00 petang. Yang tua dan yang muda sama-sama berkongsi pengalaman dan minat mereka dalam motosikal dan juga pengembaraan mereka dengan jentera masing-masing.

Ada yang tidur di dalam chalet dan ada yang selesa dengan khemah. Apa pun, air sungai yang sejuk itu menghilangkan penat dan juga bau badan setelah berjam-jam menunggang.

Aktiviti menunggang seperti MBC ini jelas tidak berteraskan kelajuan kerana mereka yang menunggang motosikal besar akan menunggu rakan-rakan dengan motosikal kecil.

 

 

Perancangan juga turut dilakukan untuk memastikan tiada siapa tertinggal dan tiada siapa yang kehabisan bahan api.

Careta mengucapkan terima kasih kepada MBC kerana menjemput pihak editorial kami untuk turut serta di dalam ride ini.

 

Pak Maun

 

Kelab MBC memang dianggotai oleh ramai orang-orang lama di dalam arena motosikal. Sehingga sekarang, masih ada lagi muka-muka otai yang sudi berkongsi cerita dan pengetahuan kepada mereka yang muda.

Untuk mereka yang mahu berhubung dengan kelab ini, daftar masuk ke forum mereka di malaysianbikers.com.my

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Domestik
Namun, tindakan sesetengah mereka yang tidak bertanggungjawab ketika berada di lokasi tersebut…
Berita Domestik
Menurut salah seorang dari ahli komiti GSOM, Nasir Bali, program-program ini mendapat sambutan yang…