AES - on atau tidak dalam masa sebulan dua lagi

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kerajaan akan memutuskan akan kedudukan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Atuomatik (AES) dalam tempoh sebulan dua lagi.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pihak kementerian sedang dalam kajian akan isu tersebut dan pegawai serta kementerian berkaitan dalam usaha untuk mengemukakan maklum balas dan cadangan.

"Belum ada lagi keputusan mengenai AES setakat ini kerana ia membabitkan pelbagai aspek. Perlu lebih kajian sebelum kami dapat buat pengumuman," ujar Loke kepada media.

"Saya akan bincangkan pilihan yang ada dan akan membawanya ke Kabinet untuk diputuskan dalam masa satu atau dua bulan lagi," sambungnya.

 

 

Sistem AES di negara kita mempunyai sejarah yang unik. Dari bahan permainan dua parti politik sehingga ke isu undang-undang.

Apapun, di bawah ialah usul Careta mengenai sistem AES.

 

1. AES dikatakan dibina untuk mengurangkan kadar kemalangan dan setiap lokasi AES ialah kawasan kemalangan. Careta cadangakan kongsi kadar kemalangan di setiap lokasi AES menerusi laman web agar kita dapat lihat kadar kemalangan menurun atau menaik. Jika laluan sudah selamat, AES boleh dipindahkan ke lokasi lain.

2. Tambahkan AES di lampu isyarat kerana terlalu banyak kes melanggar lampu merah. Jangan sampai Malaysia menjadi negara dunia ketiga di mana lampu isyarat diabaikan sewenang-wenangnya.

3. Jangan beri diskaun untuk saman-saman termasuk saman AES kerana ia seolah-olah menunjukan undang-undang boleh "dibawa berbincang". Mereka yang mencadangkan saman ini boleh diberi diskaun harus diberikan hukuman disiplin kerana ternyata objektif hanyalah kewangan dan bukan untuk membentuk disiplin pengguna jalanraya.

4. Segerakan sistem mata demerit KEJARA supaya pelaku salah tegar boleh digantung lesen. Sekarang ini, jika anda mampu membayar saman, anda tetap boleh melanggar undang-undang dan terus memandu selamanya. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan pada hari Isnin, sehingga kini terdapat kira-…
Informasi
Menurut kajian itu lagi, pemasangan lebih 1,000 kamera di United Kingdom (UK) mampu mengurangkan…
Berita Domestik
Pertambahan kesalahan lalu lintas oleh pengguna jalanraya telah dikesan ketika perjalanan balik…