Aerodyne syarikat perkhidmatan dron nombor satu dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat dron dari Malaysia, Aerodyne dinobatkan sebagai syarikat perkhidmatan dron nombor satu dunia berdasarkan senarai Drone Service Provider Ranking 2021 yang dikeluarkan oleh Drone Industry Insight.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lebih menakjubkan apabila Aerodyne berjaya memintas syarikat Jepun Terra Drone yang sebelum ini menduduki tangga pertama dua tahun berturut-turut.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan penilaian terhadap kira-kira 400 buah syarikat perkhidmatan dron dari seluruh dunia.

Daripada senarai tersebut, Amerika Syarikat masih lagi mendahului sebagai negara yang paling banyak mempunyai syarikat perkhidmatan dron, diikuti negara United Kingdom.

Sebelum ini, syarikat yang memiliki kepakaran dalam aspek teknikal dan pemantauan menggunakan dron itu telah bekerjasama dengan DHL Express Malaysia bagi meneroka keberkesanan penggunaan dron dalam perkhidmatan kurier.

Pencapaian ini sekaligus merupakan satu kebanggaan buat negara. Syabas Aerodyne!

Sumber: Drone Industry Insight

Berita Berkenaan

Berita Global
Aerodyne yang merupakan syarikat berasaskan dron dalam satu kenyataan akhbar menjelaskan sebuah…