Aerodyne Group kuasai 60 peratus pegangan Measure UAS, syarikat besar USA!

oleh Mohamad Hanif|
Aerodyne Group baru-baru ini mengumumkan penguasaan 60 peratus di dalam pegangan syarikat Measure UAS Inc yang merupakan salah sebuah syarikat risikan udara terkemuka di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Aerodyne yang merupakan syarikat berasaskan dron dalam satu kenyataan akhbar menjelaskan sebuah entiti perniagaan baharu telah pun diwujudkan dengan nama Aerodyne Measure Inc. untuk menyediakan perkhidmatan di Amerika Utara. 

Dengan terbentuknya Aerodyne Measure, ia menggabungkan kepakaran dua tenaga besar di dalam industri dron global!

Menurut pengasas dan CEO Aerodyne, Kamarul A Muhamed berkata, "Measure merupakan sebuah syarikat yang memiliki reputasi dalam memberikan khidmat pelanggan yang cemerlang yang menjadikan firma tersebut mampu bertapak dengan kukuh di sana. 

"Ini merupakan masa yang sangat baik buat kami dalam membentuk fasa pertumbuhan seterusnya," ujar beliau.

Aerodyne Measure Inc bakal menawarkan perkhidmatan pemeriksaan medium udara terhadap aset dan infrastruktur di dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, minyak dan gas, jalan raya, jambatan, serta pelabuhan. 

Ia bakal membawakan pakej penyelesaian Aerodyne yang tersendiri, digelar sebagai Vertikaliti yang menawarkan solusi pengurusan berasaskan awan dari hujung-ke-hujung (end-to-end).

 


"Dengan menggabungkan dron pintar dan AI, Vertikaliti dikatakan mencipta cara baharu aset diuruskan dengan lebih efektif dan lancar, di mana solusi ini telah pun dibuktikan memberikan peningkatan prestasi dan pengoptimuman kos yang signifikan," jelasnya lagi.

CEO dan pengasas bersama Measure, Brandon Torres Declet berkata, Aerodyne bakal menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pengurus aset yang ingin menggunakan operasi dron mereka. 

"Dengan kepakaran kedua-dua syarikat, kami telah mencipta sebuah perniagaan yang akan mendahului pasaran," tambah Declet. 

Pemerolehan ini merupakan sebahagian daripada strategi perluasan agresif Aerodyne dalam usaha untuk menjadi penyedia solusi berasaskan dron nombor satu di dunia. 

Declet juga turut mengesahkan penyertaannya di dalam pasukan kepimpinan global Aerodyne Group yang membawakan bersama kepakaran dan pengalamannya yang tidak ternilai. 

Sumber: The Edge

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih menakjubkan apabila Aerodyne berjaya memintas syarikat Jepun Terra Drone yang sebelum ini…