AEB - Fungsi kereta brek sendiri sekiranya pemandu lalai

oleh HEZERI SAMSURI|
Bayangkan anda sedang dalam perjalanan balik ke rumah dari pejabat dan kerana terlalu penat, anda sudah mula mengantuk dan keadaan lalulintas sesak. 

Kereta anda merangkak di belakang sebuah BMW. Secara tidak sengaja, anda tertidur dan kaki anda terlepas dari pedal brek. 
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Kereta anda bergerak ke hadapan dan akan melanggar belakang BMW itu tetapi bila kereta sudah terlalu hampir, ia brek sendiri!

Nasib baik kereta anda ada sistem AEB kerana jika tidak, menggantikan bamper BMW bukannya murah dan pastinya premium insurans anda akan naik kerana anda cuai!

Semakin canggih teknologi, semakin canggih sistem keselamatan di dalam kenderaan dan antara sistem canggih yang sudah mula diperkenalkan ialah Autonomous Emergency Braking atau AEB.

Sistem AEB pertama kali dipertontonkan kepada umum pada tahun 1996 di Detroit Auto Show. Namun begitu, kerana kos yang tinggi, ia mula muncul pada kenderaan-kenderaan premium.

Apa yang terjadi ialah AEB mempunyai “deria” dalam bentuk kamera stereo, laser atau radar atau gabungan kesemuanya.

Ia akan sentiasa mengesan objek kenderaan di hadapan kenderaan dan apabila ia mengesan kenderaan di hadapan berhenttetapi kereta anda masih bergerak, sistem AEB akan memberikan amaran visual di dalam kabin kenderaan agar memberi masa secukupnya untuk pemandu menekan brek.

Jika pemandu masih tidak sedar kerana tertidur nyenyak, kenderaan yang lengkap dengan AEB itu akan memberhentikan kenderaan itu dengan segera.

Ia direka untuk kelajuan rendah, terutamanya semasa kesesakan lalulintas.

Sekiranya kenderaan anda laju, AEB tetap akan membantu memperlahankan kelajuan sebelum membrek agar kos membaiki lebih rendah.

Sayangnya, ia masih menjadi alat keselamatan di dalam kenderaan premium.

Harapnya akan ada pembuat kenderaan yang mampu memberikan fungsi AEB kepada pengguna dengan harga yang lebih mampu milik.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Berita Domestik
10 unit trak Scania P410A6x2NA yang dimiliki oleh Chemtrax Sdn Bhd merupakan trak spesifikasi ADR (…
Berita Global
Antara perubahan yang dimaksudkan bermula dari bampar hadapan di mana perumah lampu kabus kini…